Perkongsian oleh seorang pelajar UCD
.......
Mesti ramai yang tertanya apa yang akan berlaku. Hari ni akak nak cerita sedikit –sebanyak sekadar apa yang akak ingat berlaku kira-kira 9 bulan yang lalu.
1st Day
Memandangkan akak pelajar JPA, selalunya JPA akan hantar student fly sehari sebelum pendaftaran ataupun hari pendaftaran tu sendiri. Student MARA pulak sampai beberapa hari sebelum tu.
Selepas itu, kami dibawa menaiki bas ke kolej kediaman; Merville & Belgrove. Masih ingat lagi hari tu hujan sangat lebat. Bak kata Carl Lusby (International Student Officer) sudah lama Ireland tidak hujan lebat camni sejak 3 bulan yang lalu. Basah kuyup kami dibuatnya dengan hanya memakai baju nipis daripada Malaysia ditambah dengan angin yang kuat, Sejuknya terasa hingga ke tulang! Kalau adik-adik nak tahu, angin dekat Ireland ni sangat la kencang. Silap-silap bole terbang kita dibuatnya o.O
Bermulalah proses pendaftaran- membuat student card serta check in apartment. Pastikan adik-adik menyimpan semua dokumen di tempat yang mudah dicapai untuk memudahkan segala proses. Kalau simpan kat dalam 1 file lagi bagus =)
Selepas semua proses selesai, kami semua ada taklimat dengan Carl Lusby. You can feel her warm welcome =) Akak masih ingat lagi dia bercerita tentang anak dia yg juga belajar di luar negara, sangat inspiring. I’m sure she will tell you the same story again =)
Sepanjang minggu orentasi ni adik-adik akan ditemani oleh Orientation Guide (OG) di kalangan senior dari Malaysia sendiri. Adik-adik akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Di sinilah adik-adik akan dapat berjumpa dengan teman baru. Masih ingat lagi kumpulan akak dulu dijaga oleh senior berbangsa Cina dan ahlinya ada yang daripada Singapura, Sarawak dan juga pelajar tajaan PAMA (Papa Mama).
2nd Day
Proses orientasi diteruskan lagi. Hari ni kami membuka akaun bank. Hampir semua pelajar Malaysia di sini membuka akaun AIB untuk urusan kemasukan elaun. Mudah jer prosesnye dan kita akan dapat kad bank dalam tempoh seminggu. yey! =)
Selepas tu, kita juga akan teruskan proses pendaftaran dan dibawa oleh OG mengelilingi UCD. UCD ni besar sangat; ada sport centre, pelbagai blok akademik,makmal,restoran, tasik yang sangat indah, dan tak lupa juga surau UCD yang baru jer siap tahun ni.(2011) Alhamdulillah =)
Pada sebelah petang pula, kami mengikuti majlis sambutan pelajar baru yang diadakan oleh pihak universiti sendiri. Rasa macam tak percaya pula sekarang kita duduk di kalangan pelajar dari seluruh dunia. Ade seorang kawan selalu cakap ‘macam kat dalam tv la kte sekarang.mcm tak percaya! =)’ Mendengar chanselor universiti memberi ucapan, kata-kata semangat timbul perasaan ‘Wah, sekarang saya sudah menjadi pelajar universiti!’ Gunakanlah peluang ni untuk timba ilmu sebanyak-banyaknye.
Hari ni kami dibawa bersiar-siar di City Centre oleh OG. Akhirnya dapat jugak melihat susana bandar kat Dublin ni. Kami dibawa ke tempat beli belah yang selalu pelajar Malaysia pergi. Asian Market, restoran halal, kedai runcit halal dan banyak lagi. Pasal makanan halal di sini adik-adik tak payah risau,k sebab ada banyak pilihan makanan halal. Insha Allah tak kan mati sebab kekurangan zat.hee=)
Waktu ni la adik-adik boleh beli sedikit sebanyak barang keperluan rumah. Yela, kita kan baru masuk rumah baru. Barang-barang dapur semua tak ada lagi. Kiranya ni la shopping pertama adik-adik di ireland.=) Masih ingat lagi kami dulu selalu cuba nak convert euro ke ringgit. Penat kakak-kakak pesan jangan convert, tak makan awak nanti!hee.. Betul, adik-adik, kalau kita asyik nak convert memang terasa sayang nak gunakan duit tu sebab nilainya tinggi. Nasihat untuk diri sendiri jugak sebab sampai sekarang tabiat tu blom hilang..>_<
Adik-adik jangan risau, cuak dan bimbang ye sepanjang minggu orientasi ni. Adik-adik akan dibantu oleh OG dan juga seniors yang sangat ramah dan baik hati. Kurang sikit perasaan homesick. We’re more than happy to help you guys! ^_^
No comments:
Post a Comment