Friday, 12 August 2011

Accommodation

Pasti ramai yg risau tentang accommodation especially student RCSI. Dengar cerita tahun ni TCD pun MARA kasi duduk luar (i.e. tak duduk dalam hall). Bagus la, korg boleh jimat skit.

Firstly, aku nak share dgn korg apakah CRITERIA rumah yg best berdasarkan pengalaman aku yg pernah pindah rumah 4 kali =)

1) Dekat dgn masjid (Jgn pulak dh dekat, tapi xdtg solat jemaah)
2) Dekat dgn uni (Klu berjalan kaki 20min tu, kire ok la)
3) Dekat dgn kedai halal (Nanti aku cerita pnjg psl ni)
4) Dekat dgn bus stop
5) Dekat dgn komuniti (Senang nak berziarah)
6) Bukan dlm bandar (Ni individual preference sbb takut bising & org mabuk)
7) Rent dlm Euro 200-350 (Ada yg mahal skit, tapi selesa & best)
8) Bukan melalui agent (selalunya dealing direct dgn landlord lebih senang drpd agent)
9) Ada washing machine & dryer (sbb ada apartment yg xde) 

Utk student RCSI & TCD, kawasan2 yg memenuhi criteria di atas ialah DUBLIN 8.
  • Blackpitts
  • Clanbrassil Street
  • South Circular Road
  • Portobello

Next, MACAM MANA nak cari rumah?

STEP 2: Contact landlord / agent
STEP 3: View rumah
STEP 4: Minta pendapat org & Solat istikharah
STEP 5: Bayar deposit (= sewa sebulan) + First month rent
STEP 6: Pindah masuk

Nampak senang. But trust me, mmg x semudah yg disangka. Sebab apa?
  • Korg masih di Msia. Nak kena contact Ireland
  • Nak view macam mana? Realiti x seindah gambar =)
  • Nak buat payment macam mana?
So, option yg paling mudah ialah MINTA SENIOR CARIKAN.

Aku yakin ramai senior dh contact korg & offer utk carikan rumah. Cuma, ada beberapa TIPS yg aku nak share.
  • Pilih dengan siapa korg nak duduk sebumbung. Berkawan dgn tukang besi, dapat panasnya. Berkawan dgn tauke minyak wangi, dpt wanginya.
  • Keselesaan lebih penting drpd murah. Jgn kerana nk jimat sewa, u have to suffer for the whole year.
  • Decision is in your hand. Klu korg x minat dgn offer yg diberikan oleh senior, cakap je la. Takde org nak paksa. Ni bukan zaman senior-junior mcm kat MRSM.
  • Once dah agree, bersyukurlah dgn apa yg diberikan. Yakin bahawa Allah dh pilih yg terbaik utk kita.
Anyway, klu ada yg still berminat utk cari sendiri rumah, let me know. InshaAllah, I will try to guide u.


Darul Islah 2009/10

No comments:

Post a Comment