Wednesday 17 August 2011

BOOM: Part 1


Register now!

Halal Shop

Will update soon iA

Masjid

Alhamdulillah, hampir di semua lokaliti utama di Ireland ada masjid.

DUBLIN
Islamic Cultural Centre of Ireland (ICCI)
Dublin Mosque
Blackpitts Mosque
Medina Mosque
  • Khutbah jumaat yg best
  • City centre
  • Location: Talbot Street, Dublin 2

Dan bnyk lagi...

LAIN2
Cork Mosque

Galway 

Belfast

Tuesday 16 August 2011

Internet Broadband

Bagi yg akan join rumah yg dh ada senior, post kali ni x significant sbb selalunya internet dh sedia ada. Tapi, bagi yg masuk rumah baru, hopefully it helps u guys to make decision.


Ada 2 options:
  • Home broadband (e.g. UPC/Magnet)
  • Mobile broadband (e.g. 3/Meteor/Vodafone/O2)
http://www.upc.ie/

https://www.magnet.ie/

http://www.smarttelecom.ie/
www.eircom.net
http://www.digiweb.ie/
Criteria pemilihan broadband:
  • Price per person
  • Location (Ada broadband yg x available kt sesetengah tmpt)
  • Speed & Kegunaan (Klu just guna utk buka email, youtube, FB, news, xperlu la speed besar sgt. Tp klu kaki games, movie, download P2P, mmg kene cari 15MB ke atas)
  • Stability (Kdg2 tulis je 25MB, tp most of the time below 15MB)
  • Customer Service (Trust me, this is NB lebih2 lagi klu korg sbg pemegang bil)


Sepanjang 4 tahun di Ireland, aku pernah try:
  • UPC
  • Smart Telecom
  • Magnet
  • Irish Broadband


Secara ringkas, ni review aku:
Magnet: Paling laju, stabil tp mahal. Belek website mcm belek buku.
UPC: Speed mantap. Price not bad. Good customer care.
Smart Telecom: Speed ok. Tp mahal, x stabil, poor customer service.
Irish Broadband: Slow. "I think I run faster than the internet..." dialog dgn customer care.


Personally, I think UPC is the best (",)

Gardar Card

Customs Check
Setibanya korg di Dublin Airport, korg akan melalui immigration. Since korg first time smpi di Ireland, korg akan diberikan pass masuk (Cop dlm passport) yg valid selama SEBULAN. Time tu, korg perlu tunjukkan Offer Letter universiti. Maybe ada beberapa docs lain yg die nak tgk. So, utk elakkan kelam kabut, aku cdgkan korg letak dokumen2 penting dlm satu file. Baru la nmpk cam muslim profesional.  


Gardar Card

Di Ireland, kt x perlu VISA sbgmana di UK / US / Russia. Tapi, kt perlukan GNIB Card (a.k.a Gardar card) if we want to stay for more than 3 months.

Bila nak buat?
Secara teori, korg ada 1 bulan utk buat Gardar Card. Tp ok je klu lewat skit pun. X strict sgt. 


Berapa harga?
  • Euro 150
  • Only debit/credit card. NO CASH. So, klu blum ada bank lg, pnjm la card drpd seniors
  • Nak lebih senang, korg ikut je seniors bile diorg nk renew Gardar Card
  • Cuma klu x silap, satu card hanya boleh gune 2 / 3 kali shj
  • Utk urusan claim, perlukan original resit & copy of GNIB card. MARA students blh download borg claim kt sini http://maraireland.blogspot.com/
Apa yg perlu?
  • Passport
  • Debit/Credit Card
  • To whom it may concern letter (Blh apply drpd universiti masing2)
  • Lain2 (Maybe diorg akan mtk Offer letter & Affidavit)
Kat mana?
  • Garda National Immigration Bureau (GNIB), Burgh Quay, Dublin 2
  • Garda Station, Anglesea St, Cork
  • Garda Station, Mill St, Galway
Opening hours
  • Mon - Thurs: 8am to 10pm 
  • Fri: 8am to 4pm
  • Students will not be registered before 9am (Sbb nk bg keutamaan org bekerja)
On the day,
  • Selalunya org akan dtg AWAL pagi (kul 6 - 7am). Jgn terkejut klu korg dtg kul 6 lebih, barisan dh pnjg. Silap2 haribulan, korg kene tawaf satu bangunan. Mmg org ramai giler esp time universiti baru bukak. Bawa la Quran / buku utk bace smbil beratur tu.
  • Kul 8am, akan ada org kluar utk bagi nombor. Tp, just utk org bekerja sahaja. Kul 9am baru start nombor utk students.
  • Lepas amik nombor, korg blh la balik rumah / gi kelas. Selalunya dia akan bgtau kul brape korg kene dtg balik utk giliran korg. Klu nombor ke-100, maybe dlm tengahari camtu kot.
  • Bila dh start menunggu kt garda office tu, korg kene isi satu borang. Ada kt office tu.
  • Yg lain2 tu, korg pandai2 la sendiri...

Boleh rujuk di sini (Gardar Card)

Bank

Time registration nanti, akan ada beberapa booth dibuka utk korg sign up for bank. Korg blh pilih bank mana yg korg nak. Yang menariknya, tiap2 booth akan bg goodies. Kdg2 tu, diorg smpi bagi stethoscope. Tp yg murah je la.


Options yg ada:


www.aib.ie
www.bankofireland.com

http://www.ulsterbank.ie


Dan banyak lagi. 


So, macam mana nak pilih?
Antara criteria yg perlu korg consider:
a) Internet banking
  • Mungkin ramai yg biasa dgn Maybank2u sblm ni. Sgt mudah kan? Segalanya di hujung jari anda. Nak transfer duit, nak track rekod perbelanjaan, nak byr bil, nak topup handset, etc2.
  • Klu susah lagi nk imagine, bayangkan aku pnjm 50cent dgn si A. Tp, aku xde cash. Nk tangguh nanti lupe. So, aku balik rumah, trus transfer online 50cent ke dlm akaun si A. Sekelip mata gitu =)
  • Berdasarkan pengalaman aku & feedback drpd kwn2, i dare to say yg AIB internet banking is the best in Ireland
b) Majoriti pengguna di kwsn anda
  • Kenapa? 
  • Sbb klu nak transfer duit drpd satu bank ke satu bank yg lain, it will take some time (1-3 working days). Sedangkan klu transfer duit antara 2 akaun utk bank yg sama, hanya sekelip mata =)
c) Interest
  • Agak malang sbb di Ireland, masih blum ada Islamic banking sptmana di UK. So, mmg kt sbnrnya bergelumang dgn sistem riba'. Tapi dibenarkan since masih blum ada alternative.
  • Selalunya org terlepas pandang bab interest. Sbb kononnya skit (e.g. Euro 0.04). Nmpk mcm x significant. Tp, bukankah Allah isytihar perang ke atas pengamal riba'? 
  • Aku kire2 balik sejak 2008, total interest yg aku dpt Euro 75. Bnyk giler. Nak kene bersihkan la.
  • Tp, alhamdulillah sejak Jun 2011, AIB stop bagi interest ke dlm current akaun. Aku dh confirmkan dgn staff AIB psl bab ni. Bank lain aku x pasti.

Kemudahan2 Lain


Debit Card

  • Card ATM korg tu blh jd Debit Card / Laser Card. Maksudnya, klu korg xde cash time shopping, korg byr gune card tu, die akan immediately potong drpd akaun korg. Berbeza dgn credit card sbb credit card dlm btk hutang (i.e. potong kemudian).
  • Blh rujuk di sini: http://en.wikipedia.org/wiki/Laser_(debit_card)
  • Klu AIB, korg byr Euro 10 setahun utk gune perkhidmatan debit card. Bg aku, sgt2 berbaloi la.

Credit Card

  • Isu ni sensitif skit sbb bnyk khilaf. Since sistem banking di Ireland bukan Islamic, ada ulama yg benarkan & ada yg suggest utk cari alternatif lain. Blh rujuk kt internet.
  • Buat masa ni, aku berpegang dgn pendapat yg membenarkan atas dasar darurat (masih blum ada alternatif di Ireland) dengan beberapa syarat:
  • Syarat #1: Pastikan bayar tepat pd masanya. Klu AIB, blh setkan spy bank byr 100% by the end of month. So, xde terlewat byr.
  • Syarat #2: Kurangkan penggunaan selagi mana boleh. Klu blh byr guna cash / debit card, why must gune credit card.
  • Nak apply utk credit card, kdg2 makan masa yg lama. Tak semudah yg disangka. So, bersabar je la. Klu perlu gune sgt awal2 ni, pinjam dgn seniors.
  • Utk credit card, i dare to say yg BOI lebih bagus (http://studentbankcompare.diarmuid.ie/)

Online saving

  • Ni satu lagi isu khilaf sbb obviously ada riba'.
  • Klu AIB, kt blh apply utk ada 'side' saving account dlm internet banking. Cthnya, tiap2 bulan, kt setkan Euro 50 masuk ke dlm akaun ni sbg simpanan. Mmg sgt2 menyenangkan sbb kt boleh control & pantau our monthly expenditure & saving. Nk setup bnyk2 saving account pun blh.
  • Since it is saving account, so mmg akan ada interest yg masuk. Aku dh tanya AIB, mmg xleh nk set spy saving account ni interest-free.
  • Selama ni, aku ingat ok je klu aku selalu clearkan interest2 tu. 
  • Tp Naqib aku ckp, ada sorg Muslim Bro yg keje dgn bank nasihatkan pd die, online saving tu x dibenarkan. W/pun kt selalu clearkan interest2 tu, kita tetap 'support' sistem riba bila kt buat saving.
  • So, suggestion aku: Better stick to ur current account shj.
  • Klu susah nak buat saving, why not bukak 2nd current account mcm aku & wife aku buat. 



Itu serba ringkas psl bank. Any questions, blh rujuk seniors korg. Blh google tgk dlm internet.

Mobile Phone Network


meteor.ie

three.ie

o2.ie
vodafone.ie

Aku yakin mesti ramai antara korg yg dh dpt SIMCARD Ireland. Teringat kenangan Arif Sayadek dtg rumah aku bagi simcard. Terharu giler... =)


Bagi yg belum dpt simcard, jgn risau. Simcard kt Ireland FREE OF CHARGE. Cume, klu nk apply, kene beli skali dgn TOPUP (at least Euro 10). Selalunya ada seniors yg jual / bagi time korg smpi kt airport.

Tips: Once korg dh ada simcard, jgn gopoh nak tukar network. 

Utk bulan pertama korg kt Ireland, gune je dulu nombor yg korg dpt. Gunakan nombor tu utk register kolej, pass kt kawan2, famili, register sane sini, etc2. Sbb later on, bile korg dh setel down, klu korg nk tukar network skalipun, boleh retain nombor yg sama. So, xperlu la inform balik semua org nombor baru korg. Best kan?


Yang mana satu pilihan hati?
Once korg dh setel down, blh la consider nk tukar network (klu korg nak la). Nak senang crite, lupakan O2 & Vodafone sbb mostly Malaysian gune Meteor & Three.


Antara Meteor & Three, depends pd beberapa faktor:
a) Majoriti pengguna
Cthnya, majoriti RCSI male students gune Meteor. UCD male students dh mula berpindah kpd Three. So, agak rugi la klu kwn2 ramai gune Three, tp korg je gune Meteor.


Cdgn: Tanya seniors universiti korg, which network yg ramai org gune.


b) Pre pay
Both networks offer FREE call & text to same network for 30days bile topup more than Euro 20.


c) Bill pay
Three nmpk lebih menarik sbb ada UNLIMITED MOBILE INTERNET utk plan Euro 40 above =) 
Sedangkan Meteor hanya 1 - 5GB data shj. Anyway, 1GB tu sbnrnye dh kire bnyk.


Utk setup bill pay, blh buat online atau kat kedai. Klu register kt kedai, kene bawak passport & proof of address (Bill / Bank statement).


So, kesimpulannya di tangan anda. Pilihlah yg mana anda rasa best.

Monday 15 August 2011

How to Manage Your Money?

Elaun Bulanan
Dublin: Euro 935 
Cork & Galway: Euro 835


MARA ke JPA ke, same je. Cuma JPA bg elaun utk beberapa bulan sekali, MARA bg tiap2 bulan.


Contoh perbelanjaan
a) Sewa
  • Average: Euro 250 - 350
  • Ada org kate, klu lebih drpd 300 dh kire mahal. Well, depends pd keadaan juga. Klu sewa 300 - 400, tapi rumah tu selesa, dpt plak bilik single yg selesa, memenuhi "criteria rumah yg best", why not?
  • Tp bagi yg duduk dlm hall (e.g. 1st year UCD students), mmg harapan la klu nk dpt sewa murah. 


b) Bil (Letrik + Gas + Internet)
  • Bil letrik: Average dlm Euro 50 ke bawah sekepala utk 2 bulan. Tp, expect more time winter sbb masing2 akan berkabung dlm bilik guna blower. Klu yg jenis kaki main games, bnyk la skit letrik. TV lagi, PS3 lagi, etc2...
  • Bil gas: Average dlm Euro 20 ke bawah sekepala utk 2 bulan. Selalunya gas gune utk masak & central heating. Slalunya tak mahal sgt. Tp, klu x control pakai central heating, mmg mahal gak.
  • Bil internet: Depends pd jenis internet & bilangan pengguna. Klu kongsi broadband, selalunya takkan exceed Euro 20 sekepala utk sebulan.


c) Phone
  • Depends pd jenis network & samada guna bill pay / prepaid.
  • Klu guna prepaid Meteor atau 3, kadang2 hanya spend Euro 20-30 utk 2 bulan
  • Sbb once kt topup 20euro ke atas, akan dpt FREE call & text to same network for 30days. Jd, utk sebulan pertama, kt akan gune free call & text tu. The next month, kt habiskan credit yg ada. Tp, klu utk kaki gayut, maybe susah skit la nk menjadi trick ni.
  • Klu guna bill pay, average Euro 25-40 sebulan. Depends on plan apa yg korg pilih.
  • Dlm next post, aku akan share info ttg network yg ada di Ireland =)


d) Transportation
  • Utk 1st year, korg blum lagi perlu ulang alik ke hospital tiap2 hari.
  • Selalunya, accomm korg xjauh sgt drpd kolej. So, blh jalan kaki je.
  • Klu nak lebih untung, korg beli la basikal (Nanti akan ada post psl basikal).
  • For the sake of belanjawan bulanan, let's put Euro 20 for transportation.


e) Simpanan
  • Sblm batch aku dtg, seniors ktorg dpt 600 lebih je. But still, diorg blh simpan skit2.
  • So, agak musykil kenapa bila dpt 900 lebih ni, xleh nk simpan.
  • Cdgn aku, cube utk save Euro 200-300 sebulan.
  • Later, aku akan ceritakan psl saving & bank plak inshaAllah.


f) Makan minum + Barang rumah
  • Nak jimat, kena la masak. Biasanya klu dlm rumah tu akan take turn utk masak dinner.
  • Barang2 dapur, biasanya akan kongsi satu rumah. Tp ada je rumah yg xnak share. Time aku duduk dlm Darul Islah dulu, ktorg share semua brg2 dapur. So, mmg jimat la.
  • Senang crite, utk sekali dinner, average cost dlm Euro 1-3 sekepala.
  • Klu breakfast, makan roti & cereal, baru berapa sen je.
  • Cume, yg kadang2 jd mahal is lunch. Klu korg jenis yg x kisah belanja makan, blh je beli kt kolej. Tp mahal la. Sandwich pun Euro 4.
  • So, klu nak jimat, korg tapau la makanan.


g) Shopping
  • Yg ni pandai2 la lu pikir sendiri.


Cdgn belanjawan



This is just an opinion. Stuju atau tak, nak ikut atau tak, it's ur choice =)

Friday 12 August 2011

Colleges & Tips for Newcomers


Royal College of Surgeon (http://www.rcsi.ie/)



University College of Dublin (http://www.ucd.ie/)
Survival Tips



Trinity College of Dublin (http://www.tcd.ie/)
Survival Tips




Dublin Business School (http://www.dbs.ie/)
University College of Cork (http://www.ucc.ie/en/)
Survival Tips




National University of Ireland, Galway (http://www.nuigalway.ie/)
Survival Tips




Queen University Belfast (http://www.qub.ac.uk/)



Clubs & Societies

http://ikramireland.blogspot.com/

http://ppimi.org

http://imameiresc.blogspot.com/


http://ireland.fosis.org.uk/

http://www.kelab-umno.com/

Accommodation

Pasti ramai yg risau tentang accommodation especially student RCSI. Dengar cerita tahun ni TCD pun MARA kasi duduk luar (i.e. tak duduk dalam hall). Bagus la, korg boleh jimat skit.

Firstly, aku nak share dgn korg apakah CRITERIA rumah yg best berdasarkan pengalaman aku yg pernah pindah rumah 4 kali =)

1) Dekat dgn masjid (Jgn pulak dh dekat, tapi xdtg solat jemaah)
2) Dekat dgn uni (Klu berjalan kaki 20min tu, kire ok la)
3) Dekat dgn kedai halal (Nanti aku cerita pnjg psl ni)
4) Dekat dgn bus stop
5) Dekat dgn komuniti (Senang nak berziarah)
6) Bukan dlm bandar (Ni individual preference sbb takut bising & org mabuk)
7) Rent dlm Euro 200-350 (Ada yg mahal skit, tapi selesa & best)
8) Bukan melalui agent (selalunya dealing direct dgn landlord lebih senang drpd agent)
9) Ada washing machine & dryer (sbb ada apartment yg xde) 

Utk student RCSI & TCD, kawasan2 yg memenuhi criteria di atas ialah DUBLIN 8.
  • Blackpitts
  • Clanbrassil Street
  • South Circular Road
  • Portobello

Next, MACAM MANA nak cari rumah?

STEP 2: Contact landlord / agent
STEP 3: View rumah
STEP 4: Minta pendapat org & Solat istikharah
STEP 5: Bayar deposit (= sewa sebulan) + First month rent
STEP 6: Pindah masuk

Nampak senang. But trust me, mmg x semudah yg disangka. Sebab apa?
  • Korg masih di Msia. Nak kena contact Ireland
  • Nak view macam mana? Realiti x seindah gambar =)
  • Nak buat payment macam mana?
So, option yg paling mudah ialah MINTA SENIOR CARIKAN.

Aku yakin ramai senior dh contact korg & offer utk carikan rumah. Cuma, ada beberapa TIPS yg aku nak share.
  • Pilih dengan siapa korg nak duduk sebumbung. Berkawan dgn tukang besi, dapat panasnya. Berkawan dgn tauke minyak wangi, dpt wanginya.
  • Keselesaan lebih penting drpd murah. Jgn kerana nk jimat sewa, u have to suffer for the whole year.
  • Decision is in your hand. Klu korg x minat dgn offer yg diberikan oleh senior, cakap je la. Takde org nak paksa. Ni bukan zaman senior-junior mcm kat MRSM.
  • Once dah agree, bersyukurlah dgn apa yg diberikan. Yakin bahawa Allah dh pilih yg terbaik utk kita.
Anyway, klu ada yg still berminat utk cari sendiri rumah, let me know. InshaAllah, I will try to guide u.


Darul Islah 2009/10

Nak bawak apa? (For brothers)


Credit to Izzat Hafifie (ex-RCSIan) & Irsyadiee (RCSI 2nd year)

............

Assalamualaikum semua ^_^

Buat masa sekarang, i give you kinda checklist. tak semestinya ikut sebijik2, tapi just guidelines takut terlepas pandang.

SENARAI BARANG PERLU BAWA
Dokumen:
  • Segala surat berkaitan diri anda (e.g. IC, surat beranak), RCSI, PMC, JPA dan MARA.  Pastikan anda bawa yang original dan tinggalkan satu salinan di rumah malaysia untuk sebarang kecemasan dan kegunaan didalam negara
  • Laporan perubatan terutamanya segala dokumen dan rekod berkenaan vaccination (Hep B)
  • Sijil-sijil sekolah hanya bawa yang penting sahaja sebab tak digunakan unless kalau nak apply research, kerja, etc. Bawak yang penting e.g. sijil brenti sekolah, result slip a-level/IB, sijil a-level/IB.

Pakaian:
Kelas harian adalah berpakaian smart casual i.e. macam budak INTEC pakai hari-hari. Tak tuck-in pon xpe. In short, pakain bebas. Boleh pakai jeans, selipar (sejuk kot), round neck.
  • 2 helai Jeans/Khakis*
  • 4 helai t-shirt berkolar/tidak berkolar (atas preferece dan keselesaan sendiri)*.
  • Pakaian dalam*
  • 1 Kain pelikat (pakai dalam rumah jer)
  • Baju melayu sepasang (occasion rasmi)
  • Suit blazer (optional bagi MARA, private).  JPA memang dah ada kan ? So bawak!!! Perlu kot…
  • 2 pasang stokin*
  • 2 helai kemeja lengan panjang (untuk exam dan aktiviti rasmi)*. 
  • 2 helai seluar slack (kegunaan exam dan aktiviti rasmi)*
  • Tie
  • Kasut hitam* (JPA memang wajib pakai kasut hitam kan ?)
  • Kasut sport dan daily walking shoes tak yah bawak. Beli kat ireland . On the day you all sampai, kita akan terus keluar shopping. Kat ireland kasut water proof dia sangat berkualiti.
  • Selipar (very optional sebab sejuk kot)
  • 1 Tuala*
  • 1 sweater yang tak tebal. Because you all akan datang time autumn which is not that cold. Believe me. If you guys beli yang tebal, dah la mahal, tebal, makan ruang pulak tu. Kat Ireland banyak jual jaket n sweater water proof. So, sangat sesuai dengan climate sini.

* nampak cam tak logik kan bawak sikit2. Tapi tu la hakikat, beli kat Ireland lagi murah, sesuai dengan cuaca.

Toileteries:
Preferebly beli di Ireland once sampai. sebab murah dan tak beban luggage waktu nak fly nanti. Kalau nak bawak deodorant dan berus gigi kesayangan boleh la.  Shampoo, shower gel, shaving cream, ubat gigi, dan segala yang bulky2 tu, boleh beli di ireland jer. Insyaallah your house akan ada seorang senior dalam tu. So pow jer dia nyer shower gel n shampoo for the first day tu. He won't mind. Then you guys keluar la shopping. Murah……………………..!!!!

Buku & Alatan belajar:
  • Buku clinical anatomy, author stanley monkhouse (Utk RC shj). Buku lain optional.
  • Lab coat
  • Stetescope
  • Dissection kit (optional)
  • Latex glove
  • Al-quran dan terjemahan
  • Pen (kalau ada feveret pen tu, bawak banyak2 sebab pen kat ireland mahal dan tak banyak variety dan tak sesuai dengan citarasa malaysian kot)
  • Pemadam, pembaris, pensel secukup rasa.
  • High lighter kat ireland pon murah. Lebih kurang sama harga dengan malaysia (if converted)
  • File beli di ireland (agak mahal)
  • Test pad beli di ireland
  • Pensel warna tak perlu
  • Printer tak yah bawak. Beli kat sini. Murah jer (if converted). Ada warranty bertahun2. 
  • Laptop sangat tidak perlu bawak. RCSI akan bagi free dan menjadi hak milik kita selamanya. Kalau rosak, dia repair for free. Any kind of damage, they will repair it for you.  If irrepairable, they will change with a new one.

Medication and spectacles
  • Bring your specific medication eg astma inhaler from malaysia . It is superbly expensive over here.  Bring your prescription as well. If you don’t have it, request it from you doctor/GP.
  • Bring 2 pairs of spectacles. It is expensive to make a new one in dublin .
  • For contact lenses users, bring the solution as well. You can buy it over here with reasonable price anyway. Just bring one bottle of the saline is enough.

Lain-lain
  • Most malaysian handphone can suit sim card in Ireland . No need to bring the canggih2 one. Eventually, everyone will be using i-Phone. E-bay is widely used here. Syurga membeli belah.
  • Bantal beli di ireland
  • Duvet/comforter beli di ireland
  • Bed sheet pon beli di ireland
Mudah cakap, bab katil, semua beli di ireland

Makanan
Rempah ratus semua boleh didapati di ireland .  Yang susah dapat sup bunjut & daun limau purut.

Ikan bilis dan udang kering mahal kalau nak bawak pon boleh tapi tak yah banyak sangat.

Mee Maggi, serunding, all kind of 3-in-one, brahim’s ready cook, semuanya atas kehendak sendiri sebab u guys wont be starving. Senior rumah you all terer masak. He will cook for you guys for first few days.
Barang electric
  • Rice cooker
  • Blender & Iron (Klu berat, better beli kt sini je)
  • Bulb lampu putih (Cool Daylight) - Beli yg pin / beli converter bulb
  • Charger handphone
  • Charger laptop

Yang penting, delegate tugas. Ada org bawa rempah, ada yg bawa periuk nasi, ada yg bawa bulb lampu, etc. Smpi sini, sama2 tontong balik.


Your brother in islam,

IZZAT HAFIFIE
Pegawai Perumahan
IKRAM Dublin
Cawangan RCSI
Email: cermat_sermat@yahoo.com

What to expect in first week?


Perkongsian oleh seorang pelajar UCD
.......

Assalamualaikum adik-adik  ^_^

Macam mana ye flow perjalanan kita beberapa hari selepas menjejakkan kaki di bumi ireland ni? 
Mesti ramai yang tertanya apa yang akan berlaku. Hari ni akak nak cerita sedikit –sebanyak sekadar apa yang akak ingat berlaku kira-kira 9 bulan yang lalu.


1st Day
Memandangkan akak pelajar JPA, selalunya JPA akan hantar student fly sehari sebelum pendaftaran ataupun hari pendaftaran tu sendiri. Student MARA pulak sampai beberapa hari sebelum tu.

Sebaik sahaja menjejakkan kaki di Dublin Airport, kami disambut oleh wakil JPA, MARA, pegawai Malaysian Hall serta beberapa orang senior. Kami diberi taklimat tentang borang-borang yang perlu diisi dan dilengkapi untuk diserahkan kepada pegawai berkenaan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Adik-adik jangan risau kerana pegawai-pegawai ini sungguh ramah dan sedia menghulurkan bantuan jika diperlukan. Mereka ibarat ibu ayah kita di sini =)

Selepas itu, kami dibawa menaiki bas ke kolej kediaman; Merville & Belgrove. Masih ingat lagi hari tu hujan sangat lebat. Bak kata Carl Lusby (International Student Officer) sudah lama Ireland tidak hujan lebat camni sejak 3 bulan yang lalu. Basah kuyup kami dibuatnya dengan hanya memakai baju nipis daripada Malaysia ditambah dengan angin yang kuat, Sejuknya terasa hingga ke tulang! Kalau adik-adik nak tahu, angin dekat Ireland ni sangat la kencang. Silap-silap bole terbang kita dibuatnya o.O

Bermulalah proses pendaftaran- membuat student card serta check in apartment. Pastikan adik-adik menyimpan semua dokumen di tempat yang mudah dicapai untuk memudahkan segala proses. Kalau simpan kat dalam 1 file lagi bagus =)

Selepas semua proses selesai, kami semua ada taklimat dengan Carl Lusby. You can feel her warm welcome =) Akak masih ingat lagi dia bercerita tentang anak dia yg juga belajar di luar negara, sangat inspiring. I’m sure she will tell you the same story again =)

Sepanjang minggu orentasi ni adik-adik akan ditemani oleh Orientation Guide (OG) di kalangan senior dari Malaysia sendiri. Adik-adik akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Di sinilah adik-adik akan dapat berjumpa dengan teman baru. Masih ingat lagi kumpulan akak dulu dijaga oleh senior berbangsa Cina dan ahlinya ada yang daripada Singapura, Sarawak dan juga pelajar tajaan PAMA (Papa Mama).


2nd Day
Proses orientasi diteruskan lagi. Hari ni kami membuka akaun bank. Hampir semua pelajar Malaysia di sini membuka akaun AIB untuk urusan kemasukan elaun. Mudah jer prosesnye dan kita akan dapat kad bank dalam tempoh seminggu. yey! =) 

Selepas tu, kita juga akan teruskan proses pendaftaran dan dibawa oleh OG mengelilingi UCD. UCD ni besar sangat; ada sport centre, pelbagai blok akademik,makmal,restoran, tasik yang sangat indah, dan tak lupa juga surau UCD yang baru jer siap tahun ni.(2011) Alhamdulillah =)

Pada sebelah petang pula, kami mengikuti majlis sambutan pelajar baru yang diadakan oleh pihak universiti sendiri. Rasa macam tak percaya pula sekarang kita duduk di kalangan pelajar dari seluruh dunia. Ade seorang kawan selalu cakap ‘macam kat dalam tv la kte sekarang.mcm tak percaya! =)’ Mendengar chanselor universiti memberi ucapan, kata-kata semangat timbul perasaan ‘Wah, sekarang saya sudah menjadi pelajar universiti!’ Gunakanlah peluang ni untuk timba ilmu sebanyak-banyaknye.


3rd Day
Hari ni kami dibawa bersiar-siar di City Centre oleh OG. Akhirnya dapat jugak melihat susana bandar kat Dublin ni. Kami dibawa ke tempat beli belah yang selalu pelajar Malaysia pergi. Asian Market, restoran halal, kedai runcit halal dan banyak lagi. Pasal makanan halal di sini adik-adik tak payah risau,k sebab ada banyak pilihan makanan halal. Insha Allah tak kan mati sebab kekurangan zat.hee=)

Waktu ni la adik-adik boleh beli sedikit sebanyak barang keperluan rumah. Yela, kita kan baru masuk rumah baru. Barang-barang dapur semua tak ada lagi. Kiranya ni la shopping pertama adik-adik di ireland.=) Masih ingat lagi kami dulu selalu cuba nak convert euro ke ringgit. Penat kakak-kakak pesan jangan convert, tak makan awak nanti!hee.. Betul, adik-adik, kalau kita asyik nak convert memang terasa sayang nak gunakan duit tu sebab nilainya tinggi. Nasihat untuk diri sendiri jugak sebab sampai sekarang tabiat tu blom hilang..>_<

Adik-adik jangan risau, cuak dan bimbang ye sepanjang minggu orientasi ni. Adik-adik akan dibantu oleh OG dan juga seniors yang sangat ramah dan baik hati. Kurang sikit perasaan homesick. We’re more than happy to help you guys! ^_^

p/s: Rujukan article ni adalah daripada memori sendiri semata-mata. Sebarang kesilapan mohon maaf ye.